Ahmad Dahlan's FotoPage

By: Ahmad Dahlan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 26-May-2012 23:14 Email | Share | | Bookmark
Papa & Mama @ Hutan Lipur Ampang

Selamat Datang
Sebenarnya...
Muah Muah Muah...
View all 4 photos...
Ini adalah kali ke-2 kami ke Hutan Lipur Ampang. Sewaktu hampir sampai ke sini, terasa sejuk sangat udara berbanding dengan masa perjalanan tadi rasa panasnya, Masya Allah. Owh yer, kami naik motor jer kali ni.

Sempat singgah di kedai mamak beli 1 cendol dan juga 1 rojak dan juga sebotol air pepsi untuk bekalan.

Sampai je kat kawasan ni, parking motor, berkira-kira nak keluar duit untuk duit masuk, sekali alamak rupanya kawasan ni ditutup sementara untuk penyelengaraan. Tanpa berlengah, kami naik je motor masuk kawasan hutan lipur ni (nak mandi jugak).

Untuk pengetahuan, kami tak rancang nak ke sini jadi kami sebenarnya tak bawa apa-apa baju spare dan kami pakai redah aje

Sampai kat port kami duduk kat batu, makan rojak and minum cendol. Huh terangkat sebab makan kongsi dan rebut-rebut.

Seusai makan apa lagi terjun dalam air ler. Mama seperti biasa malu ala-ala kucing gitu dengan air sungai dan bukan susah.... simbah aje air biar mama terjerit-jerit.... janji basah. Fuh.... nasib baik tak de orang sangat kat kawasan kami mandi tuh.

Owh yer, ada seekor monyet ni, mama bagi nama dia "po'in" sebab entah.... nasib baik tak teruk sangat keadaan monyet kat sini macam kat Templer Park (fuh teruk tahap gaban)

Habis berendam, amik sekeping dua gambar and adios...... balik ler nak tidur... penat.....

Ok.... tu saja buat masa ni...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net